Raisyyah Rania Felixia dikecam lagi

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/09/raisyyah-rania-felixia-dikecam-lagi.html
Pelbagai anggapan dan cara pemikiran sesetengah masyarakat yang sukar untuk difahami dalam menilai saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia. Felixia sekali lagi dikecam kerana memuatnaik gambar solatnya di laman sosial Instagram.
Felixia antara selebriti yang kerap menjadi tumpuan ramai yang gemar mencari kesalahan dan kelemahan orang. Boleh dikatakan hampir setiap foto yang dimuatnaik akan mendapat kritikan termasuklah soal penampilan ibadahnya.
Gambar terbaru Felixia yang mahu menunaikan solat pula menjadi perhatian dan kritikan sesetengah pengikut laman Instagramnya. Ada yang beranggapan gambar berkenaan tidak perlu dimuatnaik kerana ia seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk.
Namun, masih ada yang menyokong dan memberi respon positif. Tambahan lagi Felixia masih lagi baru dalam mendalami agama Islam. Kami sangat bersetuju dengan pendapat positif yang mereka utarakan.
Tak salah jika masing-masing ingin menegur untuk kebaikan tetapi biarlah berhemah kerana ia mungkin akan mengguris hati sesetengah pihak. Sama-samalah kita menjaga hubungan serta memberi semangat kepada saudara baru kita untuk lebih mengenali Islam yang sememangnya indah.