Penyingkiran Farez pada minggu ke-3, mata terendah bagi Zarif dan Nina

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/09/penyingkiran-farez-pada-minggu-ke-3.html
KUALA LUMPUR: Farez diumum peserta kedua tersingkir pada konsert #AF2014 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam semalam.
Farez, atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan, tersingkir selepas mendapat undian terendah pada konsert minggu ketiga semalam.
Pelajar berusia 21 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur ini menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal oleh Hafiz Suip.
Selain Farez, dua pelajar yang turut sama mendapat mata terendah ialah Zarif dan Nina.
Penyingkiran Farez diumumkan hos #AF2014, Faizal Ismail dan Zizan Razak.
Tiga orang juri yang bertanggungjawab memberi komen kepada para pelajar di konsert kali ini ialah Dato Ramli MS dan Raja Azura, manakala Datuk Aznil hj Nawawi selaku juri jemputan.
Konsert ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada barisan juara Akademi Fantasia musim lepas seperti Zahid, Mawi, Faizul, Hazama dan juga Mila.
Dengan penyingkiran Farez, kini tinggal 10 pelajar yang akan meneruskan perjuangan menjadi juara #AF2014.
Mereka ialah Adel, Nina, Muna, Ziha, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan, dan Zarif.