Malaysia akan rayu kes pingat emas ditarik balik

INCHEON: Emas pertama yang berjaya diraih atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen dalam kategori gabungan nanquan dan nandao pada Sukan Asia ke-17 di sini masih menjadi milik kontinjen Malaysia.

Rayuan akan dikemukakan berhubung dengan dakwaan Majlis Olimpik Asia (OCA) bahawa Tai Cheau Xuen gagal ujian doping.

Ketua kontinjen negara Datuk Daniyal Balagopal Abdullah menjelaskan rayuan akan dibuat kepada jawatankuasa sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kerana timbul keraguan terhadap ujian air kencing yang dijalankan terhadap atlet berkenaan.

Tai Cheau Xuen

"Dari awal kita telah pertikaikan cara sampel itu dikendalikan. Kita akan kemukakan rayuan kepada CAS secepat mungkin, pada hari ini juga.

"Saya akan jumpa Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz (ketua pegawai eksekutif institut sukan negara dan pihak Institut Sukan Negara (ISN) dan buat satu rayuan menerusi CAS," katanya.

Menurut Daniyal, terdapat lima sampel atlet termasuk sampel atlet Malaysia yang dibawa bersama dan beliau tidak menafikan sekiranya berlaku kekeliruan atau kesilapan terhadap keputusan ujian yang dibuat.

"Ia adalah kelewatan yang terlalu lama bermula dengan sampel diambil hingga diserahkan kepada makmal.

"Mereka bagi alasan untuk kumpul sekali, baru hendak dibawa ke makmal untuk dibuat ujian. Kita akan merayu. Kita sudah menemuduga atlet terbabit dan kita dapati beliau tidak bersalah," katanya.

OCA hari ini memutuskan untuk menarik balik pingat yang dimenangi Cheau Xuen kerana ujian sampel air kencingnya yang dilakukan selepas pertandingan pada 20 Sept mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam Senarai Larangan Agensi Anti Doping Sedunia (Wada).

Related

Totenham Benam QPR, Stoke Hampakan Hull

LONDON: Tottenham merobek Queens Park Rangers apabila membelasah lawan 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini. Ia jelas corak serangan dituntut pengurus baru, Mauricio Pochettino da...

Antonio Conte Sah Tinggalkan Juventus

PENGURUS Juventus, Antonio Conte sah meninggalkan kelab tersebut sehari sebelum pasukan itu bersedia melakukan latihan pra-musim. Conte yang masih memiliki kontrak selama setahun, telah membantu kela...

FIFA Tolak Rayuan Uruguay-Luis Suarez

RIO DE JANEIRO: FIFA menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Uruguay dan Luis Suarez terhadap penggantungan empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini pada perlawanan Piala Dunia lalu. ...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item