Justin Bieber dan Selena Gomez kembali bercinta?

Percintaan antara Justin Bieber dan Selena Gomez kembali mekar. Kedua idola remaja dunia ini dilaporkan kembali menyatukan cinta mereka yang terputus.

Menurut sumber, Bieber telah meluahkan keinginannya untuk kembali bersama Gomez.

“Kenyataan Bieber ini pastinya akan membuatkan peminatnya patah hati tapi Bieber telah menyatakan untuk bersama Gomez dan mahu hubungan itu melangkah ke peringkat yang lebih serius.

 Justin Bieber dan Selena Gomez kembali bercinta

“Hubungan yang ingin dibina semula itu bukan sahaja ke tahap rumah tangga, Bieber juga mengimpikan mempunyai anak bersama Gomez," kata satu sumber kepada Contact Music.

Menambah mengenai kisah penyambungan semula cinta itu, sumber turut memberitahu penyanyi 20 tahun itu telah berjanji untuk bersama Gomez buat selamanya.

“Dia (Bieber) ingin sekali membuatkan Gomez gembira selain mahu wanita itu menjadi ibu buat anak-anaknya," kata sumber yang sama.


Mungkin itu petanda sebenarnya apabila sedang mabuk cinta. Ramai juga yang menganggap kenyataan Bieber itu diucapkan dengan bersungguh-sungguh. Biarpun putus kerana masalah-masalah yang tidak dapat dihindari, Bieber semakin matang dan ikhlas apabila menyentuh tentang cinta.

Sumber lain turut memberitahu sebuah majalah di Amerika, OK! bahawa Bieber dan Gomez seringkali dilihat mesra bersama.

“Mereka sentiasa berjumpa. Malah, kata dan janji mereka untuk setia bersama sering diluahkan. Namun, soal jodoh itu semuanya bergantung kepada kehendak Tuhan," kata sumber.

Related

LUAR NEGARA 2282732178242687938

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item