Dalam 24 jam lebih RM1j dicuri dari ATM

KUALA LUMPUR: Sekumpulan warga Amerika Latin, disyaki mencuri wang tunai lebih RM1 juta selepas berjaya menggodam sistem komputer mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik lima cawangan sebuah bank tempatan, di Johor dan Selangor, dalam tempoh 24 jam.

Mereka dikesan mengambil kesempatan cuti hujung minggu di Johor, untuk menggodam ATM milik cawangan bank berkenaan yang terletak di Taman Molek dan Jalan Kebun Teh, Johor Bahru serta Batu Pahat, pada Jumaat lalu.

ANGGOTA polis melakukan penyiasatan ke atas mesin ATM yang digodam, di Subang Jaya, semalam. Foto - BERNAMA

Perbuatan itu diteruskan kumpulan terbabit apabila turut menggodam ATM bank sama milik cawangannya di Subang Jaya dan Petaling Jaya, kelmarin.

Suspek berkenaan bergerak secara berkumpulan tiga atau empat individu dan masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun.

Modus operandi kumpulan itu membabitkan penggunaan memasukkan cakera optik serta sekeping kad sim telefon pintar yang dimasukkan secara haram ke dalam mesin ATM yang disasarkan menerusi slot kemasukan kad yang disediakan.

Menurut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh,siasatan awal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati cakera optik dan kad sim itu dimasukkan kumpulan terbabit untuk mengumpulkan data dan kata laluan ATM untuk suatu tempoh.

Menurutnya lagi, kumpulan terbabit kemudian kembali ke ATM berkenaan sebelum mengeluarkan semula cakera optik dan kad sim yang dimasukkan itu menggunakan alatan khas.

Related

BERITA SEMASA 4631644355759605933

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item