Bas pelajar USIM kemalangan, tiga cedera parah

KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan ke Nilai, Negeri Sembilan terbabas ke bahu jalan dari lorong kiri Jalan Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor berdekatan Empangan Batu pada jam 6:30 petang tadi.

 Bas pelajar USIM kemalangan, tiga cedera parah
Bas USIM terbabit hilang kawalan dipercayai selepas breknya gagal berfungsi

Bas yang membawa seramai 24 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dua orang pemandu itu dalam perjalanan pulang dari Kem Eco Ulu Yam menuju ke kolej mereka di Nilai.

Menurut Pegawai Penyiasat IPD Gombak, Ramachandran Letchumanan siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan brek bas yang gagal berfungsi secara tiba-tiba.

 Bas pelajar USIM kemalangan, tiga cedera parah

“Bilangan jumlah tiga orang cedera parah, 9 orang cedera ringan manakala mangsa-mangsa lain dalam keadaan stabil,” katanya 

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa berada di tempat kejadian sehingga pukul 9:45 malam bagi mengeluarkan semua mangsa keluar dari bas.

Keadaan lalulintas dilaporkan sesak sehingga 2 kilometer dari tempat kejadian.




Related

BERITA SEMASA 9055813932958468214

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item