2 Maut Kemalangan Di Kubang Kerian, Kelantan

Kota Bharu : Dua beranak maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain dalam satu kemalangan di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, di sini, kira-kira 10.45 malam tadi.

Dalam kejadian itu, Noor Aziemah Mat Ruki, 28, dan ibunya Azizah Deraman, 49, maut di tempat kejadian berikutan parah di kepala dan badan akibat pertembungan antara kereta Perodua Viva dinaiki mereka dengan sebuah kereta Honda City.

Pemandu Honda City bersama isteri dan anak lelakinya yang dalam perjalanan dari rumah mereka di Pasir Tumboh ke bandar, turut mengalami kecederaan tetapi tidak serius.

KEADAAN kereta yang bertembung mengakibatkan dua beranak terkorban di Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, malam ini.

Mayat dua beranak terbabit dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat manakala tiga mangsa yang terselamat turut mendapatkan rawatan di hospital sama.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Anuar Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 10.48 malam.

MAYAT dua beranak yang dikeluarkan daripada kereta yang kemalangan.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati dua mangsa terbabit tersepit dalam kereta yang remuk teruk pada bahagian depan.

"Kami terpaksa mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa," katanya.

Related

Hotel New York Paling Mewah Dibeli Firma China Pada Harga Rekod Dunia AS$1.95 bilion

NEW YORK: Hotel paling terkemuka di dunia, The Waldorf-Astoria kini dijual kepada sebuah firma dari China pada harga rekod dunia AS$1.95 bilion. The Waldorf-Astoria New York merupakan hotel palin...

Gaji permulaan RM2,500 mencukupi jika bijak mengurus wang

KUALA LUMPUR - Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat 'mengukur baju di bada...

Suami isteri rentung

Pekan: “Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman sebelum melihat sebuah kereta terperosok di depan bas yang saya pandu,” kata Johar Shokin, 40, yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Pe...

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item