98 Bakal haji terkandas di KLIA

Sepang: Seramai 98 bakal haji dari Kemboja terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Khamis lalu, selepas berlaku kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah.

Menurut sumber, bakal jemaah haji terbabit tiba dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Phnom Penh dan sepatutnya ke Jeddah, semalam, menaiki pesawat Saudi Airlines.

Mereka tiba ke negara ini menerusi dua penerbangan iaitu MH755 dan MH763 dan transit di KLIA sebelum ke Jeddah.

Ketua rombongan, Ariffin Ismail, 45, berkata, mereka tidak boleh berlepas ke Jeddah berikutan kesilapan pembelian tiket diuruskan pihak agensi haji di Phnom Penh yang ditempah sebagai penerbangan biasa.

 Bakal haji terkandas di KLIA
BAKAL haji dari Kemboja terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah.

"Berikutan itu, kami semua tidak dapat meneruskan perjalanan ke Jeddah disebabkan kesilapan pada tiket berkenaan. Saya menghubungi pihak agensi di Phnom Penh namun mereka seolah-olah menuding jari serta tidak mahu mengakui kesilapan.

"Agensi yang menguruskan perjalanan kami menyalahkan pihak syarikat penerbangan serta lambat bertindak. Kami buntu dan tidak tahu hendak ke mana," katanya ketika ditemui di KLIA di sini.

Ariffin yang juga guru agama di Kemboja, berkata mereka berharap ada pihak yang boleh membantu menguruskan perjalanan ke tanah suci.

"seboleh-bolehnya Isnin ini dapat ke tanah suci kerana waktu wukuf adalah pada Rabu depan. Niat kami memang ke tanah suci dan sekiranya tidak dapat ditunaikan, kami berasa terkilan," katanya.

Bakal jemaah haji, Yousoh Yab, 35, berkata, dia berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan segera memandangkan mereka menghadapi kesukaran sepanjang terkandas di KLIA.

"Kami terpaksa tidur di beramai-ramai di atas lantai. Malah, menghadapi kesukaran untuk mandi memandangkan terlalu ramai.

"Ada di antara kami mempunyai saudara di Malaysia dan mereka datang membawakan makanan. Saya berharap sangat dapat mnejejakkan kaki ke Tanah Suci kerana ini kali pertama saya mahu ke Makkah," katanya.

Related

BERITA SEMASA 4371124809017128832

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item