Kisah Menghayati Hati Jejaka Tampan Mengahwini Wanita Hodoh Dan Akhirnya Mengucap Syukur

Kisah ini bermula pada suatu masa seorang jejaka tampan yang sedang dalam pengembaraan bertujuan untuk mencari kedamaian untuk dirinya.

Setelah kelamaan jejaka tampan ini mengembara, dia telah tiba di satu kota dan memutuskan untuk berhenti untuk persinggahan sementaranya.Dia terpegun dengan keindahan kota itu dan penghuninya majoriti dari golongan tertinggi iaitu golongan bangsawan, golongan kaya-raya serta anak gadis yang cantik.

Setelah hilang segala kepenatan, jejaka tampan itu keluar bersiar-siar di kota itu, semasa bersiar-siar jejaka tampan itu menjadi tarikan kepada jelitawan-jelitawan di kota itu kerana dia mempunyai ketampanan yang sangat menarik hati para jelitawan di kota itu.


Hampir setiap kali jejaka tampan itu melewati suatu kawasan dalam kota itu, dia sentiasa menjadi siulan kepada jelitawan-jeliwatan di kota itu, ke mana saja dia pergi dia sentiasa mendapat perhatian segera dari jelitawan-jelitawan itu.Ramai jelitawan yang terpikat hati dengan ketampanannya itu, pernah beberapa kali juga dia digoda, tetapi tidak diendahkannya dan dia bertindak seolah-olah tidak dilihat dan tiada apa yang berlaku.

Semasa bersiar-siar, jejaka tampan itu secara tidak sengaja telah terlanggar dengan seorang wanita yang hodoh.Wanita itu terjatuh dan dia lantas memberi pertolongan kepada wanita hodoh itu, jejaka tampan itu meminta maaf daripada wanita hodoh itu dan wanita hodoh itu memberikan ucapan terima kasih dan melemparkan senyuman kepada jejaka tampan itu.

Belum sempat jejaka tampan itu menanyakan sesuatu, wanita itu cepat-cepat berlalu.Melihat pada cara wanita hodoh itu, hati si jejaka tampan sudah tertarik kepada wanita hodoh itu.Si jejaka tampan dapat merasakan sesuatu yang aneh dalam dirinya selepas dari kejadian itu, selepas dari itu jejaka tampan itu mencari wanita hodoh itu kerana dia benar-benar percaya bahawa dia telah menemui pasangan jiwanya.

Selepas dia berjumpa dengan wanita hodoh itu, terdetiklah saat perkenalan antara mereka berdua, semakin hari semakin jelas kemesraan yang terjalin antara mereka, dan itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan jelitawan-jelitawan di kota itu, dan timbul juga pelbagai persoalan dan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada mereka.Si jejaka tampan itu mengambil keputusan untuk mengahwini wanita hodoh itu.

Ada juga yang tertanya-tanya rahsia apakah yang digunakan oleh wanita hodoh itu untuk meraih cinta daripada jejaka tampan itu.Ternyata tiada apa-apa rahsia dari wanita hodoh itu tetapi sebaliknya si jejaka tampan itu mempunyai mata dan hatinya hanya untuk wanita hodoh itu saja, kerana dia tahu jenis wanita yang dia perlukan dalam hidupnya dan atas sebab-sebab tertentu.

Jejaka tampan itu juga yakin dan percaya bahawa wanita hodoh itu mampu menjaga diri sendiri sebagai wanita yang sebenar-benar dalam semua keadaan.Dia juga tahu wanita hodoh itu amat menghormati dirinya sendiri dan amat menghormati dia juga.Jejaka tampan itu benar-benar memuja wanita yang yakin dan bertolak ansur dengannya.

Mereka kemudiannya berkahwin, selepas itu pasangan itu hidup bahagia dan berasa sangat bersyukur kerana di antara mereka saling memahami dan dapat menerima segala kekurangan dan kelebihan diri masing-masing, saling hormat menghormati antara satu sama lain dan bertolak ansur, saling memerlukan.Itu semua perlu untuk mengekalkan kejernihan dalam suatu alam rumah tangga sesuatu pasangan itu.


Related

MACAM-MACAM 5815957117642183141

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item