Halong Bay Tergolong Dalam 7 Keajaiban Dunia

Halong Bay: Terletak di teluk Tonkin,wilayah Quang Ninh Vietnam,ia memiliki pemandangan yang sangat luar biasa indahnya dan menjadi tarikan paling popular kepada para pelancong antarabangsa untuk melawat Vietnam, ia bukan saja memiliki keindahan yang luar biasa tetapi juga lagenda dan mitos yang tersembunyi di teluk ini.

Halong Bay juga terdapat beribu ribu gua batu kapur yang tidak didiami dan terdapat juga pulau pulau kecil yang terbentu di atas air yang memebiru dalam pelbagai saiz dan rupa bentuk.

gua gua batu kapur yang terdapat di Halong Bay
Selain itu, pelancong yang berkunjung ke sini pasti terpegun dengan keindahan dalaman gua gua di sini dan teruja dengan pulau pulau ini kerana seolah olah berada di dunia yang berbeza dan seakan di alam fantasi.Keindahan alam semulajadi yang menakjubkan di Hang Bay ini diakui oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1994 dan untuk kepentingan geologinya.

Selain itu, Halong Bay juga dipilih sebagai salah satu tempat yang tergolong dalam 7 keajaiban dunia pada tahun 2011.Jadi, kita semua perlu untuk melindungi keindahan Halong Bay ini untuk generasi akan datang.


Selain itu juga, nama imaginatif untuk pulau pulau kecil dan singkapan berbatu diperolehi daripada bentuk anggapan seperti Fighting Cocks, iaituKetrua Manusia, Nama Kerbau Tenggelam dan Wading Ox yang diberi oleh penduduk tempatan juga akan banyak menarik anda.

Sekiranya anda sedang menikmati kawasan ini dengan menggunakan atau menaiki kayak ataupun mendayung rakit buluh, anda akan dapat menikmati banyak gua gua yang indah, pulau pulau, batu atau pulau pulau kecil, itu akan lebih baik dan pasti mengujakan anda kerana anda dapat melawat kehidupan nelayan di kampung kampung atau pasar terapung dan merupakan aktiviti paling bermakna untuk anda selama anda berada di Halong Bay ini.


Anda juga akan memepunyai banyak peluang untuk bertemu atau menyaksikan sendiri kehidupan atau rutin harian penduduk tempatan di pulau pulau dan pasar terapung, anda juga mungkin menjadi pelanggan untuk produk produk segar yang dibuat oleh mereka.

Begitu banyak tempat tempat yang menarik yang boleh anda terokai jika anda memilih Halong Bay sebagai tempat pelancongan untuk anda kerana keindahannya, dan juga boleh diberi perumpaan sebagai syurga dunia kepada kalangan pelancong.


Related

PILIHAN EDITOR 7912395005090173784

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item