8 Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

Butterworth: Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka rentung dalam kebakaran Jalan Sungai Dua, Kampung Alor Merah, 7.30 malam tadi.

Mangsa Omar Yahya, 65, berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri sedang bersembang di luar rumah manakala menantu bersama cucunya berada di tingkat bawah kediaman dua tingkat itu.

Pasangan itu yang sedang berjalan untuk masuk ke dalam rumah itu kemudian dikejutkan dengan kepulan asap tebal dari tingkat atas kediaman berkenaan.


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dari Unit Forensik memeriksa rumah yang terbakar. FOTO Mohd Kamil Rahim 

"Kerana sudah hampir Maghrib saya mengajak isteri masuk ke dalam rumah. Ketika itu kami mula nampak kepulan asap hitam.

"Usaha untuk memadam kebakaran menggunakan air paip gagal berikutan api merebak dengan pantas.

"Dalam keadaan cemas itu menantu dan cucu sempat keluar dari rumah. Kami hanya sempat menyelamatkan sebahagian kecil sahaja barang berharga manakala yang lain hangus dalam kebakaran," katanya.

Api dikatakan merebak dengan pantas berikutan struktur bahagian atas kediman dibina daripada kayu.

Jurucakap bomba berkata, hampir 70 peratus kediaman terbabit musnah manakala punca kejadian dan nilai kebakaran masih dalam siasatan.

Related

BERITA SEMASA 5362535798012630214

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item