Penyamun Ditetak Tuan Rumah

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Lau Teng Siew, 43, sendirian dalam rumah apabila mendengar pintu depan diketuk dan menyangka rakannya datang untuk membetulkan paip bocor menyebabkan dia membukanya.
![]() |
SUSPEK dibawa keluar dari wad kecemasan selepas diberikan rawatan. |
“Saya mencapai kerusi kayu dan memukul lelaki di depan saya beberapa kali hingga kerusi itu patah sebelum mencapai parang dipegangnya dan menetak lelaki itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.
Menurutnya, dia tidak nampak dengan jelas kerana penglihatannya terganggu dengan darah namun terus memukul penyerangnya bertalu-talu sehingga semua tiga kerusi digunakan patah.