Pemuda Pas Lancar Gerakan Auto 21

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas hari ini mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem pendaftaran pengundi yang sedia ada.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, gerakan tersebut ialah program gerakan pendaftaran pengundi secara automatik pada umur 21 tahun.

Mohamad Sabu
Turut merasmikan program gerakan tersebut, beliau berkata, penubuhan Gerakan Auto 21 adalah penting bagi menyelesaikan pelbagai masalah dan kekurangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya di negara ini.

"Sistem ini telah dicadangkan sejak kali pertama Bersih diadakan. Ianya bertujuan untuk menjimatkan kos serta perbelanjaan Negara dalam proses pendaftaran pengundi.

"Dengan adanya Gerakan Auto 21, tenaga kerja dan masa  juga dapat dijimatkan. Proses pendaftran juga jadi lebih mudah," katanya kepada Sinar Harian Online di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, SPR tidak perlu menggubal undang-undang yang mewajibkan setiap individu untuk keluar mengundi kerana ianya sudah didaftarkan secara automatik.

"Dengan sistem perlaksanaan gerakan, ini menunjukkan bahawa SPR tidak memaksa rakyat untuk mengundi malah turut menyakinkan rakyat bahawa keputusan undi adalah di tangan mereka," katanya lagi.

Related

POLITIK 429409474151229309

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item