Nyaris Maut Ditetak Dengan Pedang Samurai

MIRI: Seorang pelajar nyaris maut ditetak dengan pedang samurai oleh dua lelaki yang merompaknya di perhentian bas di Taman Tunku semalam.

Dalam kejadian 10.10 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun berjaya melarikan diri ke dalam rumahnya yang terletak berdekatan perhentian bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee berkata, bagaimanapun mangsa luka di belakang dan tengkuk.

sekadar gambar hiasan
Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Miri dan dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata ibu mangsa telah membuat laporan polis.

"Mangsa bersama seorang rakan lelakinya sedang duduk berbual di perhentian bas itu apabila mereka didatangi dua lelaki dengan sebuah kereta.

"Kedua-dua lelaki itu keluar dari kereta mereka dan meminta wang serta telefon bimbit mangsa. Mangsa lari ke rumahnya dengan dikejar suspek yang bersenjatakan pedang samurai pendek dan menetak mangsa," katanya.

Beliau berkata, suspek bagaimanapun merompak rakan mangsa barangan bernilai RM1,500 tanpa mencederakannya.

Related

BERITA SEMASA 6265580727479798805

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item