Hamas Tolak Cadangan Gencatan Senjata

Gaza: Hamas menolak cadangan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata dengan Israel di Semenanjung Gaza, menurut seorang pegawai kanan kumpulan itu.

Pegawai itu, Sami Abu Zuhri membuat pengumuman itu sejurus selepas Israel menerima tawaran Mesir, hari ini.

Zuhri berkata, "Cadangan itu tidak diterima."

Cadangan yang dikemukakan Mesir termasuk bermulanya gencatan senjata pada pagi Selasa (waktu tempatan) diikuti rundingan mengenai pembukaan sempadan.

PENDUDUK Palestin cuba mencari barangan daripada bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di Beit Lahya, utara Semenanjung Gaza. 
Mesir dan Israel mengadakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak Hamas mula memerintah pada 2007


Ahli Kabinet Israel telah bermesyuarat sebelum ini dan bersetuju dengan cadangan gencatan senjata.

Namun, seorang pegawai kanan kerajaan Israel memberi amaran akan mengadakan serangan yang lebih teruk ke atas Gaza jika Hamas tidak menerima gencatan senjata ini.

Israel melancarkan serangan paling buruknya, Selasa lalu dengan alasan bertindak balas kepada serangan roket dari kawasan di bawah pemerintahan Hamas itu.


Related

BERITA SEMASA 2683012816759591397

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item