Gengster disyaki bunuh Pegawai Kastam ditangkap di Ampang

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/07/gengster-disyaki-bunuh-pegawai-kastam.html
KUALA LUMPUR – Usaha polis memburu pembunuh yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim dalam kejadian di Putrajaya pada 26 April tahun lalu membuahkan hasil apabila pihak berkuasa berjaya menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes tersebut kelmarin.
Suspek utama yang berusia 30-an itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota polis daripada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dekat Bukit Indah, Ampang pada pukul 5 pagi kelmarin.
Menurut sumber, polis turut menahan tiga lagi suspek berusia berusia 30-an dan 40-an dalam serbuan berasingan di Batu Caves, Gombak.
“Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Rawang dan menunjukkan pakaian yang dipercayai digunakan oleh lelaki yang menembak Shaharuddin.
“Keempat-empat suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam (kelmarin) bagi membantu siasatan,”.
Sumber : Kosmo