Aplikasi Ramadhan Yang Patut Anda Install

Ainun

Aplikasi muat turun untuk Android dan iOS ini dibangunkan oleh Weirdsgn dan Dihardja Software Solutions. Ainun sendiri diambil daripada bahasa Arab yang bererti mata.

Pembangun aplikasi Ainun ini menyatakan pengguna dapat menggunakan Ainun sebagai alat untuk berkongsi pengalaman daripada kaca mata seorang Muslim.

Ainun adalah tempat khusus yang mempunyai kaligrafi, perkiraan cuaca, gambar penandaan lokasi, waktu, foto disertakan ayat motivasi.

Apa yang membezakannya dengan aplikasi lain, anda boleh berkongsi semua yang ada di Ainun ke media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Twitter, Path dan Google+.

aplikasi ramadhan


Muslim Pro

Aplikasi ini dianggap sebagai aplikasi terbaik bagi umat Islam seluruh dunia. Selain memiliki fungsi penggera Solat dan penunjuk kiblat, aplikasi ini juga menyediakan ayat al-Quran dengan terjemahan dalam 15 bahasa.
Selain itu, anda juga dapat mendengar versi audio ayat berkenaan. Aplikasi ini turut memberikan maklumat mengenai restoran halal di sekitar kawasan anda berada.

Ramadan Kareem

Aplikasi ini dibangunkan khusus bagi pengguna Windows Phone 8 oleh Tareq Ateik. Aplikasi ini mendapatkan beberapa maklum balas positif selain memiliki rekaan yang baik dan memudahkan pengguna.

Ia turut mempunyai fungsi seperti resipi masakan, lokasi masjid, pencari arah kiblat, radio atau TV streaming dan galeri.

Buku Saku Ramadhan

Buku Saku Ramadhan adalah aplikasi yang menyediakan pelbagai hal berkaitan dengan bulan Ramadan seperti kelebihan bulan Ramadan, keutamaan puasa Ramadan, syarat wajib puasa, doa bulan Ramadan, solat Tarawih, amalan utama sepanjang bulan Ramadan dan malam Lailatul Qadar.

Marbel Kisah 25 Nabi

Marbel Kisah 25 Nabi adalah sebuah aplikasi yang merangkumi kisah 25 Nabi dalam Islam. Aplikasi ini dirangkum daripada kisah nabi yang ada dalam kitab dan hadis.

Ia sangat berguna untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa yang ingin mengetahui kisah nabi dan sebagai ilmu bacaan menghabiskan masa terluang sepanjang Ramadan.

Menariknya aplikasi ini, anda boleh mengubah huruf dan saiz mengikut kesesuaian selain latar belakang dan ilustrasi setiap cerita.

Related

TEKNOLOGI 3596193575940366789

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item