Antonio Conte Sah Tinggalkan Juventus

PENGURUS Juventus, Antonio Conte sah meninggalkan kelab tersebut sehari sebelum pasukan itu bersedia melakukan latihan pra-musim.

Conte yang masih memiliki kontrak selama setahun, telah membantu kelab Turin itu memenangi gelaran Serie A selama tiga musim berturut-turut hingga musim 2013-2014.

Antonio Conte
Antonio Conte
Pengendali berusia 44 itu bagaimanapun enggan mendedahkan destinasi terbarunya selepas ini.

Bagaimanapun, timbul spekulasi bahawa Conte bersedia mengisi jawatan Ketua Jurulatih Itali yang dilepaskan Cesare Prandelli sebaik sahaja Azzurri tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2014.

Untuk rekod, Conte pernah menyarung jersi Juventus selama 13 tahun sebelum mula membimbing kelab tersebut di pentas Liga Juara-Juara.

Di bawah bimbingannya, Juventus meraih kejayaan membanggakan apabila menamatkan kempen Serie A di tangga pertama, musim lalu.

Prestasi terbaik Conte di peringkat Eropah adalah membantu kelab tersebut mara sehingga ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

Related

SUKAN 6992149498213102480

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item