Suami isteri rentung
http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/10/suami-isteri-rentung.html
Pekan: “Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman sebelum melihat sebuah kereta terperosok di depan bas yang saya pandu,” kata Johar Shokin, 40, yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Pekan-Rompin, Nenasi, di sini, menyebabkan sepasang suami isteri rentung, awal pagi semalam.
" Dalam keadaan panik, saya segera mengarahkan semua penumpang keluar melalui pintu belakang sebelum bas ekspres dipandunya dan kereta Proton Persona dinaiki mangsa meletup dan terbakar." katanya.
![]() |
| KEMALANGAN maut membabitkan bas ekspres dan kereta di Kilometer 16, Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Sungai Miang, semalam. Foto - BERNAMA |
Mangsa yang terkorban dalam kejadian jam 4.55 pagi itu ialah anggota tentera, Mohd Safiuddin Mohd Sezali, 26, dari Kampung Panchor Merah, Setiu, Terengganu dan manakala isterinya, Norfarina Rosli, 26, dari Kampung Kubang Edang, Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Mohd Safiuddin yang bertugas di 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Kem Mahkota, Kluang, Johor dan Norfarina, jururawat di Klinik Desa Sungai Sayong, Kluang, Johor, rentung selepas tersepit dalam kenderaan yang terbakar.
Johar berkata, bas ekspres dipandunya membawa seorang pemandu tambahan dan 29 penumpang. Mereka dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Terengganu, Terengganu.
