Permainan skuad hoki kurang memuaskan

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/09/permainan-skuad-hoki-kurang-memuaskan.html
MESKIPUN berjaya mencatat kemenangan selesa ke atas Bangladesh 5-1, keputusan itu dianggap kurang memuaskan oleh pengendali sementara pasukan hoki negara, Arul Selvaraj.
Apa tidaknya, mereka menerima tamparan apabila Bangladesh menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang Krishna Kumar Das yang sebelum itu mudah meratah Singapura 8-2 pada aksi pembukaan Kumpulan A.
"Saya kecewa dengan prestasi pemain yang hanya mampu menampilkan kesungguhan pada suku terakhir perlawanan.
Walaupun menang besar, jika dapat mempamerkan kekuatan dan kesungguhan pada awal permainan, mungkin lebih banyak jaringkan dapat dilakukan," katanya.
Malaysia bakal berdepan dengan tuan rumah Korea Selatan dalam perlawanan ketiga kumpulan, Khamis ini.