Matematik, Bahasa Tamil sah bocor!

PUTRAJAYA – Semua pelajar Tahun 6 perlu menduduki semula peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang disahkan bocor bagi kertas soalan Matematik dan Bahasa Tamil pada 9 Oktober depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, tarikh baharu itu diumumkan selepas Lembaga Peperiksaan Malaysia mengesahkan kelmarin bahawa kertas soalan untuk kedua-dua subjek itu bocor.

Menurutnya, ekoran kebocoran tersebut, Lembaga Peperiksaan memaklumkan peperiksaan UPSR untuk kedua-dua subjek tersebut yang berlangsung pada 10 September lalu telah dibatalkan.

Matematik, Bahasa Tamil sah bocor!

“Peperiksaan itu dilaksanakan bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa mengesahkan polis menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua kertas soalan UPSR untuk Bahasa Tamil dan Matematik.

Sebelum ini, kertas peperiksaan UPSR Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 serta 038 disahkan bocor.

Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.

Khair berkata, kertas soalan terbaharu yang disahkan bocor itu ialah kertas ujian Matematik 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil).

Related

BERITA SEMASA 1177019153695262915

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item