Kontroversi tidak jejas misi buru emas

INCHEON: Kontroversi pingat emas Malaysia yang pertama ditarik balik pada temasya Sukan Asia Ke-17 kali ini tidak sama sekali menghalang semangat atlet negara yang lain untuk terus berjuang menyumbangkan pingat. Misi Malaysia memburu sasaran lapan pingat emas tetap akan diteruskan.

Skuad pelayaran yang beraksi di Wangsan Sailing Marina pada Selasa berjaya menyumbangkan satu pingat emas dan tiga pingat perak.

skuad layar negara

Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz meraih pingat emas dengan mengungguli acara 420 Lelaki Dinghy manakala tiga pingat perak dimenangi  Khairulnizam Afendy dalam acara Laser Lelaki, Dhiauddin Rozaini (Optimist Lelaki) dan Nuraisyah Jamal-Umi Norwahidah Sallahuddin (420 Wanita).

Turut menyumbang dua pingat perak hari ini ialah atlet boling negara Sin Li Jane dalam acara All Event Wanita manakala Zulmazran Zulkifli, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Adrian Ang, Alex Liew Kien Liang, Rafiq Ismail dan Tan Chye Chern dalam acara Lelaki Lima Berpasukan.

Manakala, skuad terjun negara menyumbang satu pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki menerusi Ahmad Amsyar Azman dan Ooi Tze Liang serta pingat gangsa menerusi Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama wanita.

Walaupun masih berbaki empat hari sebelum temasya Sukan Asia melabuhkan tirai, Daniyal tetap menaruh harapan agar kontinjen negara mampu menambah pungutan emas negara.

Beliau berkata atlet negara masih belum mahu mengalah dengan berbaki beberapa acara sukan yang tidak pernah mengecewakan kontinjen negara.

Dalam pada itu, skuad hoki lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan pukulan penalti 'shoot out' yang dimiliki Pakistan.

Malaysia dinafikan peluang ke perlawanan akhir selepas tewas 5-6 kepada Pakistan dalam perlawanan separuh akhir yang ditentukan menerusi 'penalty shoot out' selepas 60 minit perlawanan tamat.

Pasukan kriket lelaki juga terlepas peluang merebut slot ke separuh akhir apabila tunduk kepada Hong Kong dalam perlawanan suku akhir hari ini.

Related

SUKAN 8193021582669285527

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item