Siasatan Nahas MH17 Ambil Masa - Datuk Hishammuddin

BUTTERWORTH - Siasatan tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan mengambil masa kerana membabitkan pasukan siasatan antarabangsa, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Beliau berkata baru-baru ini, pasukan penyiasat Malaysia telah diterima dalam siasatan jenayah antarabangsa bagi menyiasat tragedi itu.

Setakat ini, katanya, pihak penyiasat antarabangsa masih berusaha untuk mengumpul bukti.

Datuk Hishammuddin
Menteri Pertahanan  - Datuk Hishammuddin Tun Hussein
"Penerimaan Malaysia dalam pasukan penyiasat antarabangsa merupa langkah pertama kita untuk memberikan keadilan kepada keluarga mangsa," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno bahagian Bagan di sini hari ini.

Hishamuddin berkata kerajaan Malaysia berjanji kepada anggota keluarga mangsa MH17 bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi malang itu akan diheret ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, Hishamuddin menggesa Umno negeri supaya bangkit dengan penuh semangat menghadapi ujian demi bangsa, agama dan negara.

Beliau berkata Umno negeri, yang kini diuji kerana 'hilang' kuasa pentadbiran sejak tujuh tahun lepas, tidak harus terus lesu sebaliknya tampil yakin menempuh cabaran.

"Kita perlu yakin kepada diri dan satu hari nanti, Umno dan Barisan Nasional (BN) pasti akan bangkit kembali di sini dan tidak mustahil kita akan rampas kembali negeri ini," katanya.

Mengambil contoh dirinya, Hishammudin berkata beliau diuji apabila diminta memimpin Pergerakan Pemuda Umno yang menghadapi pepecahan serius ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tun memberi masa enam bulan untuk saya memulihkan Pemuda dan mengikut perjanjian ketika itu, jika gagal, saya harus meletak jawatan.

"Alhamdulillah, akhirnya dugaan itu berjaya diharungi dan Pemuda kembali diterima," katanya.

Related

MH17 1901497818108228812

Post a Comment

emo-but-icon
:noprob:
:smile:
:shy:
:trope:
:sneered:
:happy:
:escort:
:rapt:
:love:
:heart:
:angry:
:hate:
:sad:
:sigh:
:disappointed:
:cry:
:fear:
:surprise:
:unbelieve:
:shit:
:like:
:dislike:
:clap:
:cuff:
:fist:
:ok:
:file:
:link:
:place:
:contact:

Like and follow us

Hot in weekRecentComments

Hot in week

Recent

Comments

item