Populariti Membuat Bocey Jadi Rebutan Penerbit, Stesen Televisyen

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/08/populariti-membuat-bocey-jadi-rebutan.html
Populariti kumpulan Bocey membuatkan mereka kini menjadi rebutan penerbit dan stesen televisyen untuk menampilkan mereka dalam karya dihasilkan.
Mereka percaya kumpulan dianggotai Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam), Muhamad Fadzlie Mohd Nizam (Fard) dan Mohd Nasir Hamzah (Achey) yang dicungkil daripada program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama, mampu menarik perhatian penonton.
Sepanjang minggu pertama Syawal, mereka bertiga sibuk dengan pelbagai program Hari Raya termasuklah drama telefilem khas Samba Bola Kampung dan Aura Bocey Beraya.
Achey akui mereka hanya sempat berehat selama seminggu meraikan Aidilfitri kemudian sambung kerja di lokasi menjayakan telefilem Homestay Berhantu terbitan Zeel Production dan diarahkan Amor Rizan.
Katanya, tawaran itu diterima sebelum Ramadan lalu dan mengikut perancangan awal, penggambarannya dilakukan di Perlis.
“Selepas bercuti panjang, kami kembali bekerja dengan menjayakan Homestay Berhantu sebagai pilihan tepat kerana ia boleh menjadi medan mengasah kembali keserasian antara kami.
“Kami tidak memilih dan apa saja tawaran untuk Bocey akan didahulukan kerana ia peluang untuk kami menimba pengalaman,” katanya.
Kata Achey, sejak menjadi perhatian selepas menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013), rezeki semakin murah dan tawaran selalu datang mahukan mereka muncul bertiga.
Bocey adalah gabungan dua kumpulan menyertai BMB1 iaitu Achey juara yang bergabung bersama kumpulan Bocik (Abam dan Fard) dengan nama Bocey. Mereka mula menjadi perhatian apabila menyertai MLM 2013.
Ditemui di lokasi penggambaran Homestay Berhantu di Kuang, Selangor, Abam akui pada awal pembabitan, Achey bergerak solo dan dia bersama Fard menubuhkan Bocik. Namun keserasian yang wujud selepas MLM2013 membuatkan mereka tiada masalah malah selesa bergerak bertiga.
“Kami tidak pernah membataskan kegiatan seni kami. Kalau ada tawaran mahukan saya seorang, Fard atau Achey, antara kami tidak akan menghalang.
“Ibarat pepatah, rezeki jangan ditolak tetapi andai tawaran datang untuk kami bertiga, ia akan kami dahulukan. Ia juga tidak bermakna kami membuat ketetapan kami harus bertiga,” katanya.
Kata Fard, tawaran berlakon memang banyak termasuklah Homestay Berhantu yang dijadualkan untuk siaran TV9 pada akhir bulan ini. Drama bertemakan komedi seram ini turut dijayakan Izreen Azminda dan Nas’T.
Mengenai cabaran apabila gandingan pelawak menjayakan drama, Abam akui memang ada cabarannya kerana biasanya perkembangan watak dalam babak sukar untuk dikawal. Apatah lagi sekiranya permainan mendapat balasan baik dari rakan pelakon digandingkan terutama sesama pelawak.
“Perkara itu memang satu kelebihan tetapi bagi produksi terutama pengarah, ia boleh memberi masalah kerana takut babak dan dialog berlanjutan disebabkan pelawak terbabit tidak tahu di mana mahu berhenti.
“Apatah lagi dalam situasi mereka bertiga memainkan watak penting. Sekiranya lakonan dan dialog tidak dikawal, ia boleh berlanjutan dan melalut.
Dalam berhadapan dengan situasi begini, kami berpegang kepada babak dan dialog. Amor sendiri sebagai pengarah akan mengingatkan kami yang mana boleh tambah dialog dan mana tidak boleh.
“Selain itu keserasian yang wujud antara kami turut membantu kerana masing-masing tahu kelebihan dan kelemahan antara kami. Saya sendiri sudah boleh baca corak lakonan Abam dan Achey. Jika ada antara kami yang cuba bawa dialog ‘pergi jauh’ akan ada nanti antara kami cuba patahkan atau hentikan,” katanya.
Homestay Berhantu mengisahkan mereka bertiga menerima harta pusaka rumah lama berhantu dan mereka sering diganggu. Mereka mahu menjualnya tetapi tiada siapa mahu membeli sehinggalah rakan mereka menyarankan agar mereka menukar dan menjadikan ia rumah percutian menyeramkan memandangkan menginap di rumah berhantu menjadi satu gaya hidup orang di kota buat masa sekarang.
Izreen yang lebih dikenali melalui drama, menerima tawaran membintangi Homestay Berhantu bagi mencabar bakat dirinya di samping menimba ilmu baru dalam dunia lakonan.
Katanya, sebagai pelakon dia berasakan bukan mudah membuatkan penonton ketawa menyaksikan lakonannya.
“Saya mahu mencabar diri sendiri. Tapi hanya dalam telemovie seperti Homestay Berhantu ini dan bukan program pertandingan lawak jenaka seperti Liga Lawak dan sebagainya. Impian saya satu iaitu mahu dikenali umum sebagai pelakon serba-boleh seperti Noorkhiriah.
“Saya mahu membawa bakat saya ke arah itu. Disebabkan itu juga, apabila ditawarkan menjayakan drama ini, saya terus terima.
“Lagipun sudah sembilan tahun berlakon, kalau asyik membawakan watak dan tema sama bosan juga. Saya sudah tidak mahu memang watak antagonis saja,” katanya pernah menjayakan drama komedi Muat Tak Muat dan disiarkan Syawal lalu.
Dalam Homestay Berhantu, Izreen mencabar dirinya apabila pertama kali tampil menari. Walaupun susah tetapi dia tetap mengambil inisiatif melakukannya dan latihan hanya diberikan dalam masa satu jam.
“Bayangkan saya yang tulang keras dan agak ‘tomboi’, diminta menari. Kalau tarian itu gerak tarinya moden tidak mengapalah juga tapi ini tarian klasik Mak Yong.
“Memang susah tetapi saya usahakan juga. Mujur pihak produksi menyediakan guru tari. Harap-harap ia menjadi di kaca televisyen apabila disiarkan nanti,” katanya.
Bagi Nas’T atau nama sebenar, Nas Muammar Zar Nasruddin, dia gemar berlakon drama mahupun filem komedi dan pernah muncul dalam genre sama hasil karya Ahmad Idham, Jangan Pandang-Pandang.
“Saya suka sebab cabarannya lain, apatah lagi dalam telefilem ini saya turut menjadi hantu tapi bukan elemen seram itu yang saya gemar sebaliknya komedi.
“Walaupun orang kata hendak bagi penonton ketawa tidak mudah, saya menerimanya sebagai cabaran. Seronok sebenarnya kalau penonton ketawa dengan aksi yang kita per-sembahkan. Sebagai pelakon, apabila mendapat maklum balas sedemikian ia bagaikan satu kepuasan dalam diri,” katanya.
Mereka percaya kumpulan dianggotai Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan (Abam), Muhamad Fadzlie Mohd Nizam (Fard) dan Mohd Nasir Hamzah (Achey) yang dicungkil daripada program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama, mampu menarik perhatian penonton.
Sepanjang minggu pertama Syawal, mereka bertiga sibuk dengan pelbagai program Hari Raya termasuklah drama telefilem khas Samba Bola Kampung dan Aura Bocey Beraya.
![]() |
Bocey |