Lelaki Rentung Dalam Kereta

Kota Kinabalu : Seorang lelaki rentung selepas kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan dan melanggar pokok sebelum terbakar di Batu 3, Jalan Tuaran Lama, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu dikeluarkan sepasukan bomba sebaik.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Afendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.27 malam dan tiba 10 minit kemudian.

ANGGOTA bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya dalam tempoh 40 minit.
"Sebaik tiba, bomba mendapati kenderaan terbabit sudah hampir terbakar keseluruhannya dan operasi memadamkan api dilakukan serta-merta.

"Api berjaya dipadamkan kira-kira 40 minit kemudian dan hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki rentung di tempat duduk pemandu," katanya.


Katanya, mayat mangsa disyaki berusia sekitar 30-an itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

Related

BERITA SEMASA 1412496052454623633

Post a Comment

emo-but-icon

Like and follow us

Hot in week

Recent

Comments

item