Keberanian Melampau

http://beritaharianlive.blogspot.com/2014/07/keberanian-melebihi-demo.html
Pemuda PAS mempunyai sejarah panjang dan penuh ketrampilan dalam landskap politik arus perdana di Malaysia.
Tokoh-tokoh yang pada hari ini seperti Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar kini menjadi pemuka penting parti PAS dalam merencana perjalanan politik pembangkang sejak sekian lama.
Begitu juga Angkatan Muda Keadilan (AMK), sungguhpun usianya masih muda berbanding Pemuda PAS dan DAP. Entiti ini pernah mencipta sejarah penting perjalanan politik era reformasi 1998.
Namun demikian, politik pasca-PRU13 memungkinkan perjalanan dan peranan Pemuda oposisi tidak lagi semudah mencipta nada kritis kepada pucuk pimpinan parti masing-masing.
Peranan pemuda oposisi hari ini bukan lagi seronok membuat bising di perhimpunan, mesyuarat atau muktamar parti masing-masing atau mencabar parti kerajaan untuk sekadar berdebat ala anak jantan.
Sebaliknya, cabaran terbesar pemuda oposisi sekarang dan akan datang ialah bagaimana mereka dapat menawarkan idea politik dan pembangunan sosial kepada masyarakat.
'Bukan berontak, tapi mencuba'
Gembar-gembur kebijaksanaan politik Khairy Jamaludin, ketua Pemuda Umno dan BN, bukanlah perkara pokok yang dapat membangunkan politik Pemuda Pakatan Rakyat.
Ruang-ruang demokrasi pada hari ini terbuka luas untuk pemuda oposisi terokai dan menghindar jauh daripada peranan tipikal sayap pemuda kepada parti masing-masing.
Pemuda oposisi tidak perlu terkurung dalam dilema itu kerana anak-anak muda zaman ini tidak lagi mudah dibeli dengan sentimen kepartian dan semangat perjuangan parti. Jika ada, hanya segelintir dan harus dilayani mengikut keperluannya.
Meneroka wilayah baru adalah satu cabaran bagi Pemuda untuk memahami psiki golongan muda yang mana kebanyakan daripada generasi ini adalah pasca reformasi 1998. Mereka tidak ada budaya menghasut atau memberontak, sebaliknya mereka mempunyai budaya mencuba atau meneroka.
Wilayah baru bukan bererti kawasan parlimen atau DUN yang baru, sebaliknya wacana baru pemuda oposisi. Wacana yang menawarkan pakej-pakej demokrasi yang boleh didukung dengan pelbagai jalan atau pendekatan.
Bagaimanakah peranan pemuda oposisi untuk dapat memahami permintaan golongan berpendidikan, selain dari golongan miskin? Bagaimanakah corak hubungan dengan entiti-entiti anak muda yang indipenden yang berselerak ketika ini?
Bagaimana pendekatan dan tawaran polisi-polisi baru yang lebih praktikal sebagai alternatif kepada dasar sosial atau ekonomi parti kerajaan?
Tiada manifesto Pemuda Pakatan
Ramai yang respon, “kami terikat dengan (politik) pucuk pimpinan parti”.
Soalnya, adakah mesti wacana dan pendekatan baru pemuda oposisi itu semestinya akan bertentangan dengan dasar parti atau amalan politik parti atau keputusan pucuk pimpinan parti?
Dan adakah perkara rutin yang sering berlaku dalam parti, bermakna perkara itu betul? Sebagai contoh yang kecil, pada PRU13 yang lalu tidak ada manifesto daripada Pemuda Pakatan. Adakah perkara ini betul dan perlu diteruskan? Adakah ini hasil pergi berdemo?
Turun berdemo di jalan raya, merupakan satu semangat bersolidariti yang sangat baik. Rakyat akan melihat pemuda sebagai hero rakyat, itu benar. Namun, itu mungkin belum memadai kerana hero bukan sekadar untuk mengubah keadaan tetapi membina keadaan yang lebih baik.
Untuk membina keadaan yang lebih baik kepada masyarakat, pemuda perlu ada keupayaan lain selain dari keberanian turun berdemo. Keupayaan ‘lain’ inilah yang mendatangkan persoalan pada pemuda kita.
Hari ini, lebih ramai pemuda di kalangan parti yang menjadi ADUN, ahli parlimen atau pengerusi NGO itu dan ini. Kita yakin, ini bukan sekadar jumlah dalam bentuk kuantiti, tetapi kualiti dan ia perlu dilihat dan kelihatan.